Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, July 17, 2017

Semusim Rindu Episod 35 / Episod 36 / Episod 37 / Episod 38 / Episod 39

♥ Assalamualaikum ♥

Semusim Rindu Episod 35 / Episod 36 / Episod 37 / Episod 38 / Episod 39 : Hangat drama berantai semusim rindu ni. Dari tak terjebak menonton. Terus melekat-lekat bagaikan digam. Serius berhantu drama gandingan ben amir dan intan ladyana. Saksikan kesinambungan kisah HajarAdira dan Ikhman dalam Semusim Rindu Episod 35 / Episod 36 / Episod 37 / Episod 38 / Episod 39. Episod Akhir Semusim Rindu (Episod 40) bakal bersiaran 21 Julai 2017 akan datang. 


Adegan menarik dalam Semusim Rindu Episod 35. Layan video tersebut. 



Judul Drama Adaptasi Novel : Semusim Rindu
Jumlah episod : 40 episod
Ditayangkan pada : Isnin hingga Jumaat (jam 6.00 petang)

Tonton Full Episod Semusim Rindu Episod 1 Hingga Episod 40 (akhir)

Semusim Rindu Episod 35 / Episod 36 / Episod 37 / Episod 38 / Episod 39

Sinopsis Semusim Rindu : Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa... 

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah... 

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar? 

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya? 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN