Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Friday, June 9, 2017

Baca Novel Online Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Bab 1 hingga Bab 15 (Drama Adaptasi Akan Datang)

♥ Assalamualaikum ♥
Baca Novel Online Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Bab 1 hingga Bab 15 (Drama Adaptasi Akan Datang) : Drama adaptasi novel yang bakal bersiaran Julai akan datang. Karya Umi Syidah bakal diangkat menjadi drama melalui slot akasia. Bagi peminat tegar novel boleh dapatkan novel tersebut dengan harga RM31 bagi semenanjung dan rm34 bagi sabah dan sarawak. Untuk pembelian ahli korang boleh dapatkan dengan harga rm28 sahaja. Mana nak dapat novel ini, boleh klik pautan >>http://www.karyaseni.my/index.php/novel/pinggan-tak-retak,-nasi-tak-dingin-detail.
"Baca Novel Online Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin"



Sinopsis Novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin:

Kalau duda tu tak nak, aku lagi tak hingin!"

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan.
“Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.

Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.

“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

“Abang Mizan, how I miss you. I want to be with you.”- Suraya
“Hani tahu kan, abang sayang Hani. Abang cinta Hani.”- Sharul Nizam

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!